Friday, August 13, 2010

Review Kiamu!!!

Berikut merupakan apa yang orang lain perkatakan tentang Kiamu pasca Maskara Shorties tempoh hari. Ada yang akademik ada yang santai sebagai penonton (dua-dua penting).


Dengan kebolehan yang sama seperti Azizulhakim, cuma Anwari lebih kemas bermain dengan tempo yang lebih perlahan. Ia tahu bagaimana untuk sustain minat audien. Kesimpulannya ia mengiyakan keganasan yang berlaku di sekolah itu yang lebih nyata sifat kereptiliaannya - survival of the fittest! - JHBT, Binfilem.


Aku dah lama tunggu nak tengok filem ni, memang best, cerita pasal budak kena buli di sekolah kluster, macam pembongkaran la jugak, cara penyampaian gempak, kemas, tersusun, shot cantik, editing cun.
Memang layak pengarahnya dihantar belajar ke oversea. - Azizulhakim Salleh, Pengarah Filem Pendek

Director ni dengar2 bukan calang2. Jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar bergerak begitu harmoni. Terasa kelancaran pergerakan. Emosi bisa turun naik. Cerita biasa isu ragging budak sekolah tetapi menjadi luar biasa dengan adanya kombinasi jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar dapat bergerak dengan harmoni.- Rizal Gunx, Pengarah Filem Pendek, Aktivis Sol-Jah

Isu klise buli disekolah, pelajar senior membuli pelajar junior. Dari sudut editing memang sangat kemas, sampaikan ada satu babak seolah-olah babak mencari benda tersembunyi(babak cari kesalahan si junior-rupa-rupanya tak tutup lampu). Apabila sampai bab berkaitan isu kematian(pelajar dipukul hingga mati), ia seolah mengundang emosi penonton, untuk berasa sebak bersama. - M Yusof, Blog Review Filem


Terbaik!!! Harap sangat masa tengok cerita ni Brother Bear ada kat sebelah. Terkenang zaman dulu Asrama Pusat Segamat dulu. Bahagian tiup lampu sampai padam adalah denda kegemaran. Cuma yang tak ada adalah, tiup kipas sampai berpusing. Tapi benda semua ni terjadi pada budak lelaki ja. Budak perempuan paling- paling dahsyat pun kena pegang batang mop, berdiri dekat koridor menghadap Aspura dan nyanyi lagu Negaraku. Aku? Tak pernah kena. - Ay Yusof, Di Blog Peribadinya

Aku suka filem ini sebab ia mencuit kenangan sewaktu aku bersekolah asrama dulu. Memang sebijik. Senior memang suka cari pasal kalau nak pukul orang. Kalau dalam filem ini, kes tak tutup lampu dorm. Kalau time aku sekolah dulu, tak bagi salam pada senior. Malam tu, kena bantai. Cara penceritaan juga aku suka. Macam style Afdlin Shauki dalam filem BULI. - Fikri Kacak, Di Blog Peribadinya

Wow. Filem pendek paling boleh buat aku bergelak tawa santai dalam masa serius untuk kita mengetahui apa yang cuba disampaikan sesuai dengan kes dan isu semasa yang berlaku iaitu isu buli disekolah asrama penuh. RMC misalnya yang banyak. Mungkin dia mengambil pengalaman peribadinya namun adunan cerita sangat fresh dengan kepandaian dialog narator mengambil peranan ditambah dengan animasi meletop ! Wajib tengok. - Gua Layan Je, blog gualayanje.blogspot.com

Rupanya ada yang menganggap isu yang diketengahkan dalam Kiamu klise, mungkin sebab Afdlin Shauki dah introduce unsur-unsurnya dalam Buli. So macamana nak buat feature ni bai? Tapi bagi aku dalam Buli, ada beza dari aspek tona buli yang digambarkan Kiamu. Bak kata Binfilem - Kiamu lebih REPTILIA der!!

Wednesday, August 11, 2010

Maskara Shorties 2010

Gua tau dah lambat, orang laen pakat post pasal maskara 2-3 hari lpas. Tapi gua belum sebab 2 benda. Gua bukan blogger kental dan gua sibuk naik turun KL-Kulim.

Hari dimulakan dengan penye-
muggle-an 2 ekor budak SAS kuar, Che Ku & Haikal. Elly & Fatin yang menumpang kereta satria gua turut thrill dengan kehadiran 'star' Kiamu!!! - Che Ku (PosterBoy). Pastu shoot gi Sunway amik Amin. Mamat tu ketika ditemui kat meet up point (Caltex Sunway) memang muka high xcukup tido. Mana taknya, malam sebelum itu, lepak ngan kitorang sampai pukul 3pagi, lepas tu straight gi daki gunung mulai 4pagi (kejar sunrise katanya).

Kitorang tak sesat cam most orang yang carik rumah Pena. Sebab gua pernah pergi situ beberapa kali dan adanya GPS tomtom gua. (Tapi kitorang set destination as restoran Tupai Tupai, last-last kena halau sebab tak boleh parking kat situ. Kedekut.)

Sesampainya di Rumah Pena, gua disambut brother Sinaganaga yang sempoi. Cukup time gua minta diri nak solat maghrib.

Kitorang blah awal, sebab budak-budak sekolah tu susah kang kalau lambat-lambat sangat. Dahla tengah
trial exam. Dan most member-member aku tak bole nak appreciate certain-certain filem dan mula rasa migrain.

Memandangkan Maskara mnerupakan event yang tiada diskriminasi dalam pemilihan filem, maka pelbagai la jenis filem yang tayang malam tu. Yang mana yang gua tak
review, anggap jela 'no komen' sebagai komen gua. Tendency aku untuk mengamalkan
Snark-ism probably takfair untuk penganjur Maskara - Sindiket Sol-Jah yang baik-baik orangnya.

(Tiada makna ye susunan yang mana direview dulu dan kemudian, ikut mana yang gua ingat la. Yang tak direview, sama ada gua tak sempat tengok, or simply - no comment)


PERTAMA - Halimi Hassan

Serius aku respect sedara Halimi punya capability in DoP-ing. Dengan kenaikan practise DSLRvideography hari ini, Mamat ni boleh buat serious damage kat independent filmmaking scene Malaysia. Gua yang selama ni self-aware kat skill DoP gua yang slightly under-average ni jadik gatal nak ajak brother ni collaborate. In terms of penceritaan, bagi gua memang nothing new la, sedikit klise pun. Skrip non-diegetic narration dia cheesy, tak generic, story pun sikit cheesy. Sound design terabur dan awkward. Evidentla yang sedara Halimi ni more of a technical person- cameraworks and post-production mantap. Story-telling slightly under average. Tapi sebab gua ternganga ngan camera work dia, semua tu gua dah tak kisah masa menonton.


LAWAN - Azizulhakim Salleh

Skrip dan premise mantap, siap sindir-sindir lagi peel piawai kaum ku dalam berniaga.Execution kurang umph, sebab dengan execution yang lebih baik filem ni boleh bagi impak yang lebih hebat. Contoh execution yang gua tengah sentuh sekarang ialah camerawork, penetapan tone dalam editing. Pacing editing dah mantap, aku suka repitition shot a-la trackingkaki character-character yang interframe dalam cerita ni sorang demi sorang. Masalah castingpun ada jugak - Yakni brother kutip hutang/duit perlindungan - Tak Garang langsung la der!Probably masalah terbesar film ni sama dengan Kiamu!!! - DoP. Lepas ni sedara Azizulhakim, mari kita ajak sedara Halimi jadik DoP kita! haha.


Fighting Fit - Sulaiman Salomon

Skrip almost perfect! Again, masalah execution.


6 Lorong - Syed Syahrul Zarizi

Gua rasa filem ni berpunca dari personal documentation event bunga api yang mahu dijadikan filem narratif. Maka diemploy lah seorang 'fotographer' yang tak convincing langsung sebagai 'watak utama' dan jalan cerita yang bagai tiada.


Colours of Ideas - Low Wei Yan

First thing yang come through my mind masa tengok cerita ni - RAJIN SIAL! Aku peminat stop motion gak. Tapi series, aku tak setekad brother ni. Kalau tengok filem ni banyak kali, boleh nampak yang pengarah bukan nak kutuk satu pihak politik negara kita. Tapi dua-dua belah! Stop motion yang bukan sahaja berjaya dalam animasinya, tapi jugak berjaya dalam aspek isi dan delivery.


Mr & Mrs BBM - CST Production

Ok, aku tau korang cekap videography DSLR, ramai orang upah korang buat video kahwin, dan korang dah kaya. Tapi please come up dengan cerita yang worthwhile, or aku dan Fatin terpaksa tulis skrip sendiri masa kitorang nak upah korang nanti.


Low Budget Love - Bainun Waheeda

Gua memang bukan peminat cerita cinta. Tapi kalau PERTAMA dan ada rom-com yang gua boleh blah. Kenapa yang ni gua tak boleh belah? Gua pun tak tau.


Petra Bond - Chin Yew

Filem opening event yang bagi gua, sangat berjaya (sebagai opening event). Tapi bila diletakkan out of place macam Maskara, rasa awkward dan off-key. Pasti lebih lawak dan masyuk ketika ditonton masa dinner company tu.


Sroq - Indra Syabani

Slapstik. Gua pergi beli maggi dan ambil air lepas 30 saat pertama.