Dengan kebolehan yang sama seperti Azizulhakim, cuma Anwari lebih kemas bermain dengan tempo yang lebih perlahan. Ia tahu bagaimana untuk sustain minat audien. Kesimpulannya ia mengiyakan keganasan yang berlaku di sekolah itu yang lebih nyata sifat kereptiliaannya - survival of the fittest! - JHBT, Binfilem.
Aku dah lama tunggu nak tengok filem ni, memang best, cerita pasal budak kena buli di sekolah kluster, macam pembongkaran la jugak, cara penyampaian gempak, kemas, tersusun, shot cantik, editing cun.
Memang layak pengarahnya dihantar belajar ke oversea. - Azizulhakim Salleh, Pengarah Filem Pendek
Memang layak pengarahnya dihantar belajar ke oversea. - Azizulhakim Salleh, Pengarah Filem Pendek
Director ni dengar2 bukan calang2. Jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar bergerak begitu harmoni. Terasa kelancaran pergerakan. Emosi bisa turun naik. Cerita biasa isu ragging budak sekolah tetapi menjadi luar biasa dengan adanya kombinasi jalan cerita, voice over, grafik, lagu latar dapat bergerak dengan harmoni.- Rizal Gunx, Pengarah Filem Pendek, Aktivis Sol-Jah
Isu klise buli disekolah, pelajar senior membuli pelajar junior. Dari sudut editing memang sangat kemas, sampaikan ada satu babak seolah-olah babak mencari benda tersembunyi(babak cari kesalahan si junior-rupa-rupanya tak tutup lampu). Apabila sampai bab berkaitan isu kematian(pelajar dipukul hingga mati), ia seolah mengundang emosi penonton, untuk berasa sebak bersama. - M Yusof, Blog Review Filem
Terbaik!!! Harap sangat masa tengok cerita ni Brother Bear ada kat sebelah. Terkenang zaman dulu Asrama Pusat Segamat dulu. Bahagian tiup lampu sampai padam adalah denda kegemaran. Cuma yang tak ada adalah, tiup kipas sampai berpusing. Tapi benda semua ni terjadi pada budak lelaki ja. Budak perempuan paling- paling dahsyat pun kena pegang batang mop, berdiri dekat koridor menghadap Aspura dan nyanyi lagu Negaraku. Aku? Tak pernah kena. - Ay Yusof, Di Blog Peribadinya
Aku suka filem ini sebab ia mencuit kenangan sewaktu aku bersekolah asrama dulu. Memang sebijik. Senior memang suka cari pasal kalau nak pukul orang. Kalau dalam filem ini, kes tak tutup lampu dorm. Kalau time aku sekolah dulu, tak bagi salam pada senior. Malam tu, kena bantai. Cara penceritaan juga aku suka. Macam style Afdlin Shauki dalam filem BULI. - Fikri Kacak, Di Blog Peribadinya
Wow. Filem pendek paling boleh buat aku bergelak tawa santai dalam masa serius untuk kita mengetahui apa yang cuba disampaikan sesuai dengan kes dan isu semasa yang berlaku iaitu isu buli disekolah asrama penuh. RMC misalnya yang banyak. Mungkin dia mengambil pengalaman peribadinya namun adunan cerita sangat fresh dengan kepandaian dialog narator mengambil peranan ditambah dengan animasi meletop ! Wajib tengok. - Gua Layan Je, blog gualayanje.blogspot.com
Rupanya ada yang menganggap isu yang diketengahkan dalam Kiamu klise, mungkin sebab Afdlin Shauki dah introduce unsur-unsurnya dalam Buli. So macamana nak buat feature ni bai? Tapi bagi aku dalam Buli, ada beza dari aspek tona buli yang digambarkan Kiamu. Bak kata Binfilem - Kiamu lebih REPTILIA der!!
1 comment:
isu buli dlm afdlin lebih daripada individu ke individu..tetapi dlm kiamu, adalah buli yang bersifat sistem pewarisan oleh sekolah elit yang kdg2 dibiarkan demi menjaga perstij atau staus quo..sesuai dikaitkan dgn politik skang yg lebih suka simpan apa yg buruk krn kita percaya yg bruk itu membawa kebaikan..btol k?
Post a Comment